Category Archives: Eczema101

Moisturizer, Jenis Mana Satu Yang Patut Saya Pilih Untuk Masalah Ekzema Ni?

Pelembab (Moisturizer/Emollient) sangat-sangat penting untuk pesakit kulit especially eczema & psoriasis. Pelembab ni datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang dalam bentuk minyak (ointments), vaseline, lotions, krim dan sebagainya. Jadi, texture yang macamana pesakit ekzema ni perlu pilih base on condition kulit mereka?

Artikel ni kita akn discuss degan detail pro & cons setiap jenis texture moisturizer ni…

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.