Eczema : Antara Rawatan Konventional & Alternatif

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Boleh ke Eczema ni sembuh?
Malangnya, masih belum ada penawar atau ubat yang mampu untuk menyembuhkan ekzema. Tapi terdapat banyak rawatan yang boleh membantu melegakan simptom dan mencegah flare-up

Ekzema boleh dicegah dengan prevention measure seperti penjagaan makanan, mengelakkan perengsa yang menyebabkan ekzema itu triggered dan mengamalkan gaya hidup bersih.

Untuk kali ini, kita akan bincang tentang kaedah RAWATAN apabila ekzema itu berlaku (flare-up). Bergantung pada jenis ekzema dan tahap kroniknya, rawatan termasuk perubahan gaya hidup, ubat over-the-counter (OTC), krim topikal, oral dan suntikan, fototerapi dan ubat biologi adalah contoh rawatan untuk eczema.

Isi Kandungan

  • Diagnos Untuk Eczema
  • Self-Care Measure
  • Rawatan Konvensional
  • Rawatan Tradisional (Herba)

DIAGNOSIS UNTUK ECZEMA

Diagnosis ekzema biasanya bermula dengan pemeriksaan secara fizikal di kawasan kulit yang terjejas. Doktor atau pakar dermatologi akan melihat keadaan ruam dan akan bertanya tentang simptom dan sebarang kemungkinan pencetus luaran. Mereka juga mungkin bertanya tentang sejarah perubatan pesakit dan sejarah keluarga ekzema atau keadaan kulit yang lain.

Biopsi kulit (skin biopsy) mungkin akan dilakukan untuk menolak kemungkinan ada penyakit kulit yang lain, seperti psoriasis atau kanser kulit. Skin scraping atau kultur kulit juga boleh dilakukan untuk pemeriksaan jika ada jangkitan bakteria atau kulat.

Ujian darah mungkin dilakukan untuk pemeriksaan terhadap alahan, anemia atau lain-lain medical condition yang mungkin menyumbang kepada ekzema. Untuk ekzema yang kronik atau berterusan, ujian tampalan (patch testing) boleh dilakukan untuk mengenal pasti sebarang alergen atau perengsa tertentu yang mungkin menyebabkan ekzema. Dalam sesetengah kes, doktor akan merujuk pesakit kepada pakar alahan atau imunologi untuk penilaian lanjut.

Tempoh rawatan bagi pesakit AD tak menentu, boleh jadi berbulan atau bertahun lamanya bergantung pada keadaan individu. Rawatan ini biasanya melibatkan gabungan langkah penjagaan diri (self-care) dan ubat. Objectif rawatan adalah untuk mengurangkan kegatalan dan keradangan, mencegah jangkitan, dan memperbaiki penampilan dan kesihatan kulit secara keseluruhan.

SELF-CARE MEASURE

Elakkan Agen Pencetus:
Mengenal pasti dan mengelakkan pencetus boleh membantu untuk mencegah ekzema flare-up. Pencetus boleh termasuk perkara seperti sabun dan detergen yang keras, fabrik tertentu dan jenis makanan tertentu.

Kekalkan Kelembapan Kulit:
Mengekalkan kelembapan kulit adalah bahagian penting dalam merawat ekzema. Pelembap membantu mengekalkan kulit terhidrat, mengurangkan kegatalan dan keradangan, dan melindungi kulit daripada perengsa dan alergen.

Pasang Indoor Humidifier:
Udara kering boleh memburukkan ekzema. Penggunaan humidifier boleh membantu menambahkan kelembapan ke udara dan mengekalkan kulit terhidrat.

Mandi Suam-suam kuku (Lukewarm):
Air panas boleh mengeringkan kulit dan memburukkan lagi ekzema. Mandian air suam boleh membantu mengekalkan kulit terhidrat dan melegakan kegatalan.

Amalkan Kebersihan yang Baik:
Mencuci kulit dengan lembut dan mengelakkan sabun dan detergen yang keras boleh membantu mengekalkan kulit bersih dan sihat.

RAWATAN KONVENSIONAL (MODEN)

Krim Corticosteroid biasanya digunakan untuk melegakan keradangan dan gatal-gatal yang teruk. Walaupun krim Corticosteroid boleh didapati di klinik atau farmasi (over the counter), pesakit ekzema perlu dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada doktor bagi mengelakkan kesan sampingan akibat penggunaan steroid secara berlebihan dan tidak terkawal.

Oral Antihistamines:
Ini boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan dan memperbaiki tidur.

Oral Antibiotics:
Ini mungkin dilakukan jika terdapat jangkitan.

Phototherapy:
Rawatan ini melibatkan mendedahkan kulit kepada cahaya UV dalam jumlah yang terkawal . Ia boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan dan keradangan.

Topical Corticosteroids:
Ini adalah krim atau ointments yang disapu terus pada kulit. Krim ni boleh membantu mengurangkan kegatalan dan keradangan.

RAWATAN TRADISIONAL (HERBA)

Perubatan tradisional seperti penggunaan herba-herba juga adalah alternatif yang paling selamat untuk merawat eczema bagi mereka yang risaukan akan kesan sampingan jika terlalu bergantung kepada steroid seperti TSW (Topikal Steroid Withdrawal). Rujuk SINI untuk kesan sambingan penggunaan krim steroid.

Kandungan herba-herba seperti daun sireh, daun gelenggang telah terbukti secara saintifik memang kaya dengan antioksidan, anti-fungal, & anti-inflammatory yang mana amat berkesan untuk mengurangkan dan menghilangkan kegatalan dan keradangan pada kulit pesakit ekzema.

Daun Sireh:
– Acts as an anti-inflammatory.
– High anti-bacterial and anti-fungal properties.

Daun Gelenggang:
– Anti-inflammatory
– High anti-bacterial and anti-fungal properties.

Daun Pegaga
– Act as skin moisturizer
– Skin pH stabilizer

Aloe Vera
– melembabkan kulit

Petroleum Jelly (Vaseline)
– Moisturize the skin
– Preventing dry skin

GABUNGAN PERUBATAN TRADISIONAL & MODEN

Kebelakangan ini, kesedaran masyarakat terhadap kesan sampingan akibat pergantungan kepada krim steroid ini mula meningkat. Ramai yang mula mencari alternatif yang lebih selamat seperti produk berasaskan bahan natural. Namun, tak banyak yang mampu memberikan kesan yang setanding krim steroid.

Hasil kajian saya dalam bidang microbiologi perubatan & ektrak herba-herba selama lebih dari 5 tahun berjaya menghasilkan krim khas untuk masalah ekzema. Keberkesanan krim ini adalah setanding dengan krim steroid (berkesan dengan kadar segera) namun anda tak perlu bimbang akan kesan sampingan kerana dihasilkan daripada 100% bahan natural.

Boleh rujuk SINI untuk detail.

MORE RELATED ARTICLES...

Eczema101
Dr. Ridzuan

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Eczema Diet : Food Diary

Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.

Read More »
Stereo
Dr. Ridzuan

Steroid : Most Common Adverse Effect

Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *