Eczema Diet : Food Diary

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, terbanyak banyak faktor yang boleh mencetus eczema (flare-up) seperti persekitaran, bahan kimia termasuklah dari diet pemakanan harian (susu, roti, telur etc).

(Saya pernah share tentang bab “Pantang Makan” sebelum ni. boleh rujuk artikel tu di SINI)

Bagi pengidap eczema, pemakanan merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan kerana usus mereka tidaklah seperti orang normal dimana sangat sensitif jadi banyak benda yang kena pantang makan. Tak semua pesakit eczema akan alah pada makanan yang sama. Contohnya, ada yang boleh tolerate telur ayam, ada yang makan je terus trigger. Jadi sebab tu pentingnya Food Diary ni terutamanya untuk kanak-kanak.

ISI KANDUNGAN

  • Apa Itu Food Diary
  • Apa Tujuan Food Diary
  • Cara Merekod Food Diary
  • Cara Menganalisis Food Diary
  • Jangan Gunakan Food Diary Untuk
  • Kesimpulan

APA ITU FOOD DIARY?

Food Diary adalah log-book atau journal harian untuk merekod diet harian serta reaksi atau tindakbalas yang tercetus akibat dari makanan yang diambil. Ini adalah satu kaedah untuk membantu mengenal pasti pencetus eczema yang berpunca dari alahan terhadap pemakanan/diet.

Apa yang perlu ada dalam Food Diary:
• Nama & jenis makanan
• Tarikh & Masa pengambilan makanan
• Kuantiti yang disediakan
• Rekod jenis simptom

Selain pemakanan, rekod juga keadaan persekitaran ketika berlakunya flare seperti suhu, keadaan bilik/rumah berhabuk, terdedah matahari etc.

Rekod juga aktiviti yang dilakukan seperti vacum rumah, sabun, mandi, benda-benda yang dipegang/dipakai untuk memudahkan kita kenal pasti punca selain pemakanan.

Semua ini perlu direkodkan secara sistematik & tersusun mengunakan format tertentu seperti contoh dibawah:

APA TUJUAN FOOD DIARY?

Alahan terhadap sesuatu makanan agak sukar untuk ditentukan unless jika reaksi terhadap makanan tersebut terus timbul sebaik sahaja selepas makan. Tapi tak semua makanan tu akan immediate trigger eczema simptom, ada yang lepas beberapa hari baru akan trigger.

Jadi, cara terbaik adalah dengan merekodkan semua diet makanan pesakit eczema ni setiap hari & simpan sebagai log book atau jurnal dairi harian. Jadi sekiranya berlaku flare-up, maka mudah untuk kita kenal pasti mana satu makanan yang mencetuskan eczema tersebut. Antara lain tujuan Food Diary ini adalah:

  1. Untuk menjadi rujukan kepada pakar alergi /doctor untuk memudahkan mereka mengenal reaksi dan punca pencetus
  2. Untuk monitor nutrisi yang diberikan kepada anak samada mencukupi atau tidak.
  3. Untuk mengenal pasti manakah makanan yang menjadi kegemaran anak dan mana yang tidak.
  4. Disimpan sebagai momento bila anak besar nanti

CARA MEREKOD FOOD DIARY

  1. Tulis kesemua makanan yang diberikan pada anak selama 30 ke 45 hari.
  2. Rekod samada anak suka atau tidak makanan yang diberikan (cth: anak tak nak makan atau dia habiskan kesemua makanan tersebut).
  3. Rekod reaksi anak terhadap makanan tersebut especially jika anak masih belum boleh bercakap. (cth: mulut rasa gatal, anak mula menggaru, anak kelihatan tak selesa)
  4. Rekod sebarang reaksi fizikal seperti timbulnya gegata, biji-biji ruam, timbul keradangan atau kemerahan dan naik bintik.
    NOTA: Jika terdapat reaksi seperti sesak nafas dan sukar bernafas atau anafilaksis, terus bawa anak ke hospital.
  5. Rekod persekitaran atau aktiviti harian yang boleh mempengaruhi keputusan. (cth: cuaca sangat panas, anak berpeluh, anak bermain dengan kucing, keadaan rumah berhabuk , atau sabun baru digunakan etc)

 

Untuk memudahkan kerja merekod, boleh gunakan beberapa applikasi yang dibangunkan seperti Eczema Tracker & Food Diary Planner.  atau mana-mana yang sesuai dengan anda.

CARA ANALISIS FOOD DIARY

Walaupun tak mudah untuk menganalisis Food Diary ni tanpa pengetahuan luas tentang eczema, tapi dari jurnal yang kita rekod ni, kita boleh kenal pasti akan ada trend yang wujud hasil dari diet pemakanan anak kita.

Contohnya, ada kemungkinan minggu yang mana kita bagi banyak makanan tenusu, ruamnya naik lebih teruk berbandng minggu sebelumnya yang kurang makanan berasaskan tenusu. Mungkin juga ada makanan yang sebelum ni mereka alah, tapi sekarang sudah mula berkurang apabila kita introduce kepada anak secara berkala.

Selain memudahkan perbincangan dengan doctor samada ujian alergi diperlukan atau tidak, Food Diary juga boleh membantu untuk rule out faktor-faktor lain yang mencetus eczema anak. Contohnya, mungkin faktor pencetus bukannya dari makanan tersebut, tapi sebenarnya alahan terhadap persekitaran (habuk, suhu etc)

JANGAN GUNAKAN FOOD DIARY UNTUK:

  1. Melakukan “eksperimen” terhadap anak: Food diari bukanlah bertujuan untuk kita sengaja berekperiment makanan mana yang anak alah, mana yang tidak. Bincang dengan doktor atau pakar bilakah masanya yang terbaik untuk introduce makanan alergenik seperti kekacang kepada anak.
  2. Mengeluarkan kumpulan makanan tertentu dari diet: Food diari bukan senarai makanan untuk anak “berpantang” atau untuk kita terus keluarkan kumpulan makanan tertentu dari diet harian anak (cth: susu, daging, etc). Berpantang makan boleh membantutkan tumbesaran fizikal dan kognitif anak.

Food Diary adalah bertujuan untuk melihat reaksi anak terhadap diet harian sesuatu jenis/kumpulan makanan supaya keputusan yang berasas (informed decision) boleh dibuat mengenai alahan makanan atau alergi tersebut.

KESIMPULAN

Food Diari bukan saja berguna untuk kita elakkan apa makanan yang boleh mencetuskan eczema, tapi juga membantu untuk mencari alternatif bagi menggantikan makanan yang mereka alah.

Contohnya, jika anak alah kepada susu formula, kita boleh cuba susu yang free lactose, susu kambing, etc untuk memastikan nutrisi mereka tetap seimbang. Food diari juga boleh membantu kita untuk idea memvariasikan menu-menu makanan yang selamat kepada mereka.

Bagi mereka yang telah lama mempraktikkan food diari untuk anak-anak, harap boleh share artikel ini untuk bantu mereka yang masih belum. Bagi mereka yang baru nak mencuba, Selamat Mencuba ☺️

References:

DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.

MORE RELATED ARTICLES...

Eczema101
Dr. Ridzuan

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Eczema Diet : Food Diary

Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.

Read More »
Stereo
Dr. Ridzuan

Steroid : Most Common Adverse Effect

Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *