Eczema vs Psoriasis : Apa Yang Sama, Apa Yang Berbeza?

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Ramai yang salah faham masalah eczema & psoriasis dengan penyakit berjangkit yang lain. ECZEMA dan PSORIASIS sebenarnya adalah masalah genetik yang tidak boleh disembuhkan tetapi tidak berjangkit.

In general, masalah kulit ini kita boleh kelaskan kepada 2 masalah utama iaitu:
1) Masalah (genetic/hormon)
2) Jangkitan (kulat/kuman)

Contoh jangkitan kulat/kuman adalah seperti kurap (Ringworm), kudis (Scabies), kayap (Herpes) yang majoritynya adalah disebabkan cara hidup related dengan kebersihan. Biasanya jangkitan kuman/kulat ini boleh berjangkit.

Tapi hari ni kita nak discuss lebih kepada masalah disebabkan genetic/hormon iaitu Eczema & Psoriasis.

Kenapa kita focus 2 masalah ni? Ramai pesakit eczema & psoriasis ni menderita bukan saja keadaan fizikal, tapi juga dari segi emosi kerana sering dipandang rendah & discriminasi salah anggap masyarakat terhadap mereka.

Harapnya, dengan artikel ini, dapatlah kita mendidik masyarakat tentang masalah genetik ini agar mereka lebih sensitif terhadap perasaan pesakit & faham perbezaan penyakit disebabkan oleh jangkitan & masalah genetik.

ISI KANDUNGAN

  •  Apa tu Psoriasis
  • Apa tu Eczema
  • Apa Persamaan Eczema & Psoriasis
  • Apa Perbezaan Eczema & Psoriasis

Apa tu Psoriasis?

Psoriasis adalah keadaan autoimun kronik yang mengakibatkan pengeluaran sel kulit berlebihan.
Tompok putih berkerak yang tebal adalah ciri psoriasis. Kerak ini adalah sel-sel yang mati terbentuk menjadi sisik kulit putih. Kulit menjadi meradang dan merah, menyebabkan gatal-gatal yang serius.

Biasanya hanya berlaku pada orang dewasa/pertengahan umur. Psoriasis kerap berlaku di kawasan sendi seperti lutut, buku lali. Namun ada juga yang berlaku di kawasan kepala (dahi/leher/telinga) dan kawasan sensitif (kemaluan, ketiak & pelipat)

Apa tu Eczema

Ekzema, atau dermatitis atopik adalah masalah genetik yang menyebabkan kulit kegatalan & merengsa/radang. Kulit akan menjadi bertompok, biji-biji berair, ruam kemerahan. Boleh berlaku diseluruh kawasan badan.

Faktor pencetus ekzema termasuklah pemakanan, persekitaran & emosi (stress/kemurungan). Apabila kulit terdedah kepada pencetus tertentu, seperti pewarna, fabrik, sabun, haiwan, suhu panas berpeluh, akan menyebabkan kulit bertindak balas berlebihan lalu tercetuslah eczema (Flare-up)

Ekzema sangat biasa berlaku pada bayi/kanak-kanak. Kulit mungkin kelihatan merah, meradang, mengelupas, retak, lepuh, atau penuh nanah. Secara amnya, ia tidak ditutup dengan kulit mati yang berkerak seperti Psorisis.

Apa Bezanya Eczema & Psoriasis?

Walaupun punca utama Eczema & Psoriasis adalah genetik, tapi keduanya  mempunyai ciri-ciri yang jelas berbeza kerana keradangan kulit untuk keduanya adalah berpunca daripada sel-sel putih yang berlainan jenis, dan jejak perjalanan sel yang berbeza. Misalnya penggunaan tar terbukti berkesan ke atas psoriasis, tetapi tidak pada ekzema.

Dalam post ini, saya akan cuba terangkan secara umum perbezaan yang dikenalpasti oleh doktor berdasarkan pemeriksaan fisikal.

PSORIASIS

ECZEMA

Sempadan bagi ruam psoriasis biasanya jelas (well demarcated) berbanding kulit normal di sekelilingnya.

Dalam ekzema, sempadan ruam selalunya kurang jelas (poorly demarcated).

Psoriasis, terutamanya jenis chronic plaque psoriasis mempunyai lapisan sisik berwarna putih yang kering tebal di permukaannya.

 

Sisik kulit kering di permukaan ekzema tidak setebal chronic plaque psoriasis.

Ekzema diiringi simptom kegatalan kulit.

Ruam psoriasis juga kadangkala gatal, tapi ia bukan ciri tipikalnya.

Kulit ekzema lebih terdedah kepada jangkitan kuman kerana lapisan pelindungan kulit terjejas.

Kulit psoriasis tidak dikaitkan dengan pertambahan risiko jangkitan kuman yang signifikan, kecuali dalam keadaan tertentu seperti psoriasis jenis erythroderma.

Ruam psoriasis lazimnya dikenalpasti di lokasi ‘extensors’ seperti siku dan depan lutut, juga kulit kepala, belah bawah bahagian belakang badan, bahagian sulit dan pusat.

Ruam ekzema pula biasanya dapat dikenalpasti di lokasi ‘flexors’ seperti pelipat lengan dan belakang lutut. Namun, psoriasis dan eczema kedua-duanya boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit.

Ekzema biasanya bermula dari peringkat bayi atau kanak-kanak.

Majoriti kes psoriasis bermula pada umur dewasa.

Apa Persamaan Eczema & Psoriasis

1. Ruam berwarna kemerahan.
2. Sejarah keluarga yang menghadapi masalah yang sama.
3. Permukaan kulit kering.

Dalam kes tertentu, ciri-ciri perbezaan tidak jelas dan terdapat cabaran untuk membuat diagnosis antara ekzema atau psoriasis. Antara faktornya:

1. Pesakit mempunyai ruam di satu bahagian sahaja. Maka tiada corak lokasi tipikal ruam yang dapat membantu untuk mengenalpasti diagnosis.

2. Ruam kedua-duanya mempunyai permukaan kering. Walaupun sisik putih di permukaan psoriasis (khususnya chronic plaque psoriasis) biasanya ketara, ada kalanya ia tidak berapa tebal dan ketara.

3. Variasi masalah kulit. Ada sejenis psoriasis yang dinamakan ‘flexural psoriais’ di mana lokasi ruam bertumpu di bahagian ‘flexors’, sama seperti ekzema.

4. Ruam di bahagian sulit. Berbeza dengan psoriasis di lokasi kulit lain, psoriasis di bahagian sulit tidak mempunyai sisik putih dan rupanya hampir sama dengan ekzema.

5. Ada sejenis ekzema yang dipanggil ‘discoid eczema’. Ruamnya berbentuk bulat dengan sempadan yang jelas. Oleh itu, ia boleh menyerupai psoriasis.

6. Ruam psoriasis dan ekzema boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit. Erythroderma (ruam yang berlaku di hampir seluruh bahagian badan) pula boleh terjadi dalam ekzema atau psoriasis.

Ada juga diagnosis lain yang bleh menyerupai ekzema dan psoriasis, contohnya seperti mycosis fungoides, sejenis kanser darah yang berlaku dalam kulit. Jika pakar kulit ada keraguan mengenai diagnosis dalam kes-kes mencabar dan mereka suspek masalah lain, ujian lanjut seperti biopsi kulit akan dilakukan.

Kebanyakan masalah ekzema dan psoriasis tidak memerlukan biopsi kulit. Rawatan permulaan yang asas bagi kedua-duanya juga sama.

Walaupun rawatan asas adalah sama untuk permulaan psoriasis dan ekzema namun jika masalah masih tidak terkawal, ada kaedah-kaedah lain yg boleh diaplikasikan, dan ianya berbeza dengan ekzema.

References:

DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.

MORE RELATED ARTICLES...

Eczema101
Dr. Ridzuan

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Eczema Diet : Food Diary

Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.

Read More »
Stereo
Dr. Ridzuan

Steroid : Most Common Adverse Effect

Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *