Ni Ezcema Ke Doktor???

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Tiap kali patient yang ada masalah kulit gatal-gatal yang kronik tapi tak boleh sembuh datang jumpa saya, inilah soalan yang paling biasa mereka akan tanya:

“Doctor, kulit saya ni Eczema ke???”

Untuk simple basic concept untuk senang faham, Eczema ni adalah sejenis penyakit kulit yang naik ruam, kemerahan boleh jadi basah (berair) atau kering yang sangat gatal. So, if it not itchy, it not eczema. 

Eczema ni banyak jenis. Ada yang disebabkan oleh genetik (keturunan) dan ada yang disebabkan oleh allergic pada bahan tertentu. Disebabkan immunity pesakit eczema ni sangat rendah, jadi mereka juga senang terdedah kepada jangkitan kuman/kulat. 

Tapi secara general, kita  boleh sub-kategorikan eczema ini kepada 2 jenis iaitu : Eczema Dalaman (Endogenous) dan Ekzema Luaran (Exogenous)

ISI KANDUNGAN

  •  Apa tu Eczema Endogenous
  • Apa tu Eczema Exogenous
  • Kesimpulan

Eczema Endogenous

Endogenous berpunca dari faktor dalaman seperti genetik, dysfunction immune system, atau medical condition lain. Ia boleh dikawal dengan penjagaan kulit yang betul, pemakanan, tetapi tidak akan sembuh sepenuhnya. Maksudnya dia boleh hilang, tapi akan datang balik kalau terlanggar pantang-pantang.

Contoh Eczema Endogenous :

  • Atopic Dermatitis (AD) : Kulit kegatalan yang amat, kemerahan, basah dan kadang-kadang dengan kerak kekuningan. Eczema yang paling common di Malaysia, jadi ramai cenderung menyamakannya dengan istilah umum “ekzema”.
Atopic Dermatatis
  • Seborrheic Dermatitis (SD) : Kerak tebal & kering yang biasanya berlaku di kulit kepala, kening mata, sebelah hidung, dan leher. Juga antara eczema yang common, tetapi cenderung berlaku lebih awal daripada dermatitis atopik, dan biasanya akan sembuh lebih awal.)
Seborrheic Dermatitis

Eczema Exogenous

Exogenous berpunca dari faktor luaran, yang mana dia akan trigger apabila ada contact dengan “agen pencetus” atau keadaan persekitaran – contoh, sabun, bulu kucing, besi, suhu panas, cahaya matahari etc. Kalau kita dapat kenal pasti puncanya, dan mengelakkannya sepenuhnya, ada kemungkinan eczema jenis ni tidak akan berulang.

Contoh Eczema Exogenous:

  • Irritant Contact Dermatitis (ICD). Masalah kulit merengsa/ruam kemerahan yang mempunyai sempadan yang jelas apabila bersentuh dengan agen pencetus contohnya seperti sabun, bahan kimia, atau kain lampin. Contoh, baby ICD bila pakai lampin atau ketika minum susu, kulit baby tu akan jadi ruam merah dan gatal.
  • Allergic Contact Dermatitis (ACD). Biasanya menyebabkan ruam merah atau bumpy yang gatal di seluruh badan. Badan mula-mula perlu bertindak balas terhadap agen (fasa pemekaan) untuk pertama kali. Apabila terdapat agen serupa hadir lagi untuk kali kedua, dalam jumlah yang mencukupi, ia akan trigger immune response yang dah ada dalam tubuh pesakit tu kemudiannya terus manifest as a full blown eczema.

Sebenarnya banyak lagi nama-nama pelik untuk eczema ni. Boleh kata setiap tempat yang berlaku, ada namanya masing-masing. Contohnya Lip Dermatitis, Hand Dermatitis, etc. Untuk post ni saya tak kupas detail tapi boleh refer dekat sini ye untuk detail setiap jenis eczema yang common di Malaysia:

Link : Jenis-Jenis Eczema

KESIMPULAN

Ekzema endogen dan ekzema eksogen kedua-duanya adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan keradangan, kemerahan, gatal -gatal, dan ketidakselesaan pada kulit. 

Kedua -dua jenis ekzema ni boleh dirawat melalui pelbagai kaedah, termasuk krim topikal, pemakanan dan gaya hidup. Walau bagaimanapun, pendekatan rawatan mungkin berbeza -beza bergantung kepada jenis dan tahap kronik masalah ekzema.

Akhir sekali, ada tak perbezaan atau kriteria yang jelas antara semua jenis ekzema ini? Malangnya, jawapannya ialah “Tidak!”. Mungkin baby anda mula-mulanya mengidap Dermatitis Seborrheic, tapi kemudianya boleh evolve menjadi Atopik Ekzema. Bila macam-macam krim & produk digunakan yang pada mulanya hanya mencetuskan rengsa, pun boleh bertindak balas sehingga kemudiannya jadi Allergic Dermatitis.

Sebab tu penting untuk consult pakar-pakar dalam bidang ini seperti dermatology & microbiology untuk bantu kenal pasti ekzema yang anak-anak anda alami dan apakah kaedah rawatan terbaik untuk mereka. 

Boleh juga join group telegram kami – Dr.Ridz SkinLabs InfoChannel untuk bertanya terus kepada pakar-pakar kesihatan yang ada dalam group ni. 

MORE RELATED ARTICLES...

Eczema101
Dr. Ridzuan

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Eczema Diet : Food Diary

Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.

Read More »
Stereo
Dr. Ridzuan

Steroid : Most Common Adverse Effect

Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *