Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.
Tak dinafikan ekzema memang boleh memberi kesan negatif kepada kualiti hidup anak & termasuk ibupada itu sendiri.
Ditambah lagi dengan masyarakat kita suka mendiskriminasi & berpersepsi negetif menganggap eczema itu sama dengan penyakit berjangkit menyebabkan individu eczema sering disisihkan, bahan ejekan & sukar untuk bersosial. Sudahlah menderita fizikal, mental pun akan turut terkesan.
Jadi hari ini, saya harap artikel ini mampu memberi pencerahan tentang eczema kepada masyarakat umum supaya mereka lebih faham & treat eczema patient in much better way, because they deserve it!
p/s: sekiranya perkongsian saya ini bermanfaat, mohon kongsikan ye supaya berpanjangan ilmu ini kepada mereka yang lain & kita juga berkongsi pahala kebaikan.
ISI KANDUNGAN
- Apa tu Atopic Dermatitis (AD)
- Apa Puncanya
- Apa Symptom-Symptom
- Dimana Biasanya Berlaku
- Siapa Yang Mengidap AD
- Adakah AD Wujud Untuk Selamanya
- Rawatan AD
APA ITU ATOPIC DERMATITIS (AD)?
AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.
AD adalah eczema kategori Endogenous, iaitu berpunca dari faktor dalaman. (Boleh baca SINI lebih lanjut tentang Endogenous Eczema)
AD adalah keadaan kulit akan mengalami kegatalan & keradangan yang kronik. Lazimnya berlaku pada kanak -kanak tetapi boleh juga berlaku pada orang dewasa. Ia lebih dikenali sebagai eczema atau ekzema atopik dan merupakan bentuk dermatitis yang common dikalangan rakyat Malaysia.
APA PUNCA AD BERLAKU?
Punca sebenar masalah AD ni masih belum berjaya dikenal pasti secara tepat, tapi dipercayai berlaku disebabkan oleh interaksi kompleks antara genetik dengan faktor persekitaran.
Ini termasuklah faktor seperti kecacatan pada benteng pertahanan kulit (defects in skin barrier function) yang menyebabkan kulit lebih cenderung kepada iritasi oleh bahan kimia seperti sabun, perengsa lain (contact irritants), cuaca, suhu dan perengsa yang tak spesifik. Disebakan faktor-faktor pencetus ni sangat banyak, jadi sukar untuk doktor mengesahkan apa puncanya yang sebenar.
APA SYMPTOM-SYMPTOM AD?
Symptom-symptom AD ni ada pelbagai variasi, dan dia tak semestinya sama untuk setiap individu. Jangkitan bakteria, jenis pelembap yang dipakai, umur, bangsa, warna kulit dan banyak faktor lain boleh mempengaruhi bentuk dan rupa sesuatu eczema.
Biasanya, individu boleh mendapat flare diikuti dengan keadaan kulit yang gatal, merah, berair dan luka. Sepanjang tempoh flare ni, kulit mungkin juga nampak normal, atau boleh juga menjadi kronik dengan keadaan kulit berkerak/berkuping tebal, kering dan sangat gatal.
Walaubagaimanapun, ada ciri atau persamaan pada lokasi ruam eczema tersebut berdasarkan umur individu.
Ramai juga kanak-kanak yang menunjukkan corak ruam “nunmular” yang merujuk pada ruam berbentuk bulat yang kering, merah, gatal dan seringkali disilap diagnosis sebagai ringworm (kurap) atau jangkitan kulat.
DIMANA BIASANYA BERLAKU
AD biasanya bermula di bahagian luaran pelipat (extensor) seperti di pergelangan tangan, kaki, siku tangan dan lutut. Kadang-kadang ada juga yang berlaku di bahagian kemaluan.
Kawasan lain yang cenderung mendapat eczema adalah di sekitar mata, telinga, leher dan kepala. Mereka mungkin boleh mendapat biji biji berair yang gatal pada tapak tangan, jari, kadang-kadang pada kaki dan ini dikenali sebagai pompholyx atau vesicular hand/foot dermatitis.
Apabila semakin membesar, ruam tersebut akan beralih ke bahagian dalaman pelipat (flexor) seperti kawasan belakang lutut. Kawasan ini akan kelihatan tebal (lichenified) dan kering kesan digaru atau geseran kasar yang kerap. Bagi setengah kanak-kanak, rupa eczema di bahagian extensor pelipat wujud hingga ke dewasa.
SIAPA YANG BIASANYA MENGIDAP AD?
15-20% pengidap AD adalah dari golongan bayi & kanak-kanak, dan peratusan ini kurang bagi orang dewasa.
“Onset” atau waktu AD mula-mula trigger kebiasaanya sebelum individu itu berusia 2 tahun. AD akan develop menjadi lebih serius ketika berusia 2 hingga 4 tahun. Tapi mereka yang mengidap AD sebelum berusia 2 tahun biasanya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk pulih berbanding mereka yang mengidap AD ketika dewasa atau semasa remaja.
AD juga biasanya cenderung kepada mereka yang ada masalah “atopy”. Maksudnya individu tersebut mungkin boleh mendapat salah satu atau kesemua penyakit yang berkaitan iaitu AD seperti asma dan allergic rhinitis (resdung). Biasanya, masalah ini diwarisi secara genetik dari satu keturunan kepada keturunan yang seterusnya. Jadi bila jumpa doktor, biasanya mereka akan tanya tentang sejarah keluarga jika ada yang mengidap asma dan resdung untuk membantu diagnosis pada pesakit tersebut.
ADAKAH AD INI WUJUD UNTUK SELAMANYA?
Sebenarnya amat sukar untuk kita jangka keadaan ekzema seseorang itu sama ada akan pulih apabila usianya meningkat atau berlarutan sehingga ke tua.
Menurut satu kajian meta analisis yang melibatkan 110,000 pesakit eczema mendapati 20% daripada kanak-kanak pesakit AD masih mempunyai AD selepas 8 tahun dan berkurang kepada hanya 5% selepas 20 tahun kemudian. Dari data ini, boleh katakan yang majoriti pengidap AD akan sembuh apabila meningkat remaja.
Lazimnya, eczemax` kanak-kanak bertambah baik di zaman sekolah dan “hilang” bila mencapai umur belasan tahun, walaupun benteng pertahanan kulit masih belum normal.
RAWATAN BAGI AD
Tempoh rawatan bagi pesakit AD tak menentu, boleh jadi berbulan atau bertahun lamanya bergantung pada keadaan individu. Rawatan ini biasanya melibatkan gabungan langkah penjagaan diri (self-care) dan medication (conventional vs alternative).
– antibiotik
– anti histamine
– Terapi foto
– corticosteroid oral
Untuk ketahui lebih lanjut tentang rawatan eczema, boleh rujuk di pos SINI
Rawatan conventional paling biasa dikebanyakan klinik adalah menggunakan cream steroid. Steroid terbukti bekesan untuk mengawal eczema, tapi ia adalah bahan kawalan KKM maksudnya penggunaannya mestilah dibawah selian doktor pakar kerana dikhuatiri penggunaan yang berlebihan atau terlalu lama boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih buruk
(rujuk post kesan sampingan Steroid di SINI)
Sebab itu kami tak galakkan untuk beli krim steroid di farmasi (over the counter) atau online kerana kita tak tahu berapa dos yang sesuai dengan keadaan pesakit.
Sebagai langkah alternatif, boleh gunakan produk “Steroid Free” yang berasaskan herba dengan 100% natural ingredient seperti DERMCARE Soothing Cream yang kami rumuskan khas untuk masalah eczema. Kesannya adalah setanding steroid, tapi bebas dari kesan sampingan. Jadi boleh guna sekerap mana pun yang anda suka.
References:
DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.
MORE RELATED ARTICLES...
Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali
Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.
Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.
Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?
Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.
Eczema Diet : Food Diary
Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.
Eczema : Antara Rawatan Konventional & Alternatif
Malangnya, tiada penawar atau ubat yang mampu untuk menyembuhkan ekzema. Tapi terdapat banyak rawatan yang boleh membantu menguruskan simptom dan mencegah flare-up.
Steroid : Most Common Adverse Effect
Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.
Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali
AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.