Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Contact Dermatitis ada banyak jenis, tapi saya nak cerita 2 jenis yang paling common berlaku iaitu Irritant Contact Dermatitis (ICD) dan Allergic Contact Dermatitis (ACD) serta cara-cara untuk mengelakkannya.

Isi Kandungan

  • Irritant Contact Dermatitis (ICD)
  • Allergic Contact Dermatitis (ACD)

Irritant Contact Dermatitis (ICD)

ICD adalah tindakbalas kulit yang berlaku apabila kulit terkena bahan kimia tertentu seperti sabun, pewangi atau bahan pembersih lain. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh bahan yang kasar dan mengeringkan kulit (SLS, SLES, paraben, etc) atau yang mengandungi asid atau alkali yang terlalu kuat.

Sebagai contoh, tindakbalas kulit ini boleh berlaku apabila kita mencuci pinggan tanpa menggunakan sarung tangan atau apabila kulit terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja.

Gejala ICD termasuk kemerahan, kekeringan, ketidakselesaan, rasa gatal, kulit pecah-pecah, atau pembentukan lepuh. Kulit mungkin menjadi kasar atau mengelupas. Jika terus terdedah dengan bahan kimia yang menyebabkan dermatitis, simptom-simptom boleh menjadi lebih buruk. Bagi yang mempunyai reaksi alergi yang teruk, mereka mungkin mengalami keadaan yang dikenali sebagai “Anaphylactic Shock”, yang memerlukan rawatan segera.

Allergic Contact Dermatitis (ACD)

ACD adalah jenis contact dermatitis yang terjadi apabila seseorang mempunyai reaksi alergi terhadap bahan tertentu yang menyebabkan kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan gatal-gatal. Bahan yang paling sering menyebabkan ACD ialah logam seperti nikel, emas, atau perak, serta bahan lain seperti rubber atau lateks.

Reaksi alergi boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tetapi biasanya cenderung kepada mereka yang mempunyai alergi lain seperti alergi makanan atau rinitis (selsema alergi). Ini disebabkan kerana individu yang mempunyai alergi lain biasanya mempunyai sistem imun yang lebih sensitif terhadap bahan asing, termasuk bahan yang dapat menyebabkan ACD.

Apabila kulit bersentuhan dengan bahan alergen, sistem imun individu yang sensitif akan identify bahan tersebut sebagai bahan asing dan menghasilkan antibodi untuk counter. Ini akan menyebabkan reaksi alergi pada kulit, termasuk kemerahan, bengkak, dan gatal-gatal. Gejala ACD biasanya muncul dalam beberapa hari selepas kulit terkena alergen.

Cara-cara Untuk Mengelak Contact Dermatitis

Bagi kebanyakan orang, tanda-tanda contact dermatitis mungkin timbul dalam masa beberapa minit atau jam selepas terdedah kepada bahan kimia tertentu. Tapi ada juga yang tanda-tanda mungkin tidak muncul sehingga beberapa hari selepas terdedah.

Untuk mengelak dermatitis sentuhan, seseorang harus mengenal pasti bahan-bahan yang menyebabkan tindak balas kulit dan cuba mengelak daripada terdedah kepada bahan-bahan tersebut. Jika seseorang berkerja dengan bahan kimia, ia penting untuk menggunakan sarung tangan dan peralatan perlindungan diri lain yang sesuai. Bagi individu yang mempunyai alahan terhadap bahan tertentu, mereka harus mengelak daripada terdedah kepada bahan tersebut.

Sekiranya tanda-tanda teruk atau tidak hilang dengan rawatan mandiri, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Rawatan Untuk Contact Dermatitis

Rawatan paling biasa digunakan adalah dengan topikal krim seperti steroid. Steroid mmg boleh membantu meredakan keradangan, tetapi perlu dengan pengawasan doktor kerana ia adalah bahan kawalan & haram dibawah undang-undang untuk dijual kepada umum tanpa subscription drpd doktor pakar sendiri.

Terlalu bergantung kepada krim steroid yg tergal lama boleh mendatangkan implikasi negetif terhadap organ dalaman (rujuk artikel kesan penggunaan steroid berpanjangan). Sebab tu kebelakangan ini ramai yg lebih prefer alternatif treatment yg bebas dari pengaruh steroid seperti krim Dermcare hasil kajian Dr. Rizuan bersama beberapa universiti tempatan.

Dihasikan 100% dari gabungan herba & bahan semulajadi, jadi boleh gunakan seberapa kerap tanpa kesan sampingan. Kesan sangat pantas yg mampu menyaingi krim steroid, namun bebas kesan sampingan.

GABUNGAN PERUBATAN TRADISIONAL & MODEN

Kebelakangan ini, kesedaran masyarakat terhadap kesan sampingan akibat pergantungan kepada krim steroid ini mula meningkat. Ramai yang mula mencari alternatif yang lebih selamat seperti produk berasaskan bahan natural. Namun, tak banyak yang mampu memberikan kesan yang setanding krim steroid.

Hasil kajian saya dalam bidang microbiologi perubatan & ektrak herba-herba selama lebih dari 5 tahun berjaya menghasilkan krim khas untuk masalah ekzema. Keberkesanan krim ini adalah setanding dengan krim steroid (berkesan dengan kadar segera) namun anda tak perlu bimbang akan kesan sampingan kerana dihasilkan daripada 100% bahan natural.

Boleh rujuk SINI untuk detail.

MORE RELATED ARTICLES...

Eczema101
Dr. Ridzuan

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Eczema Diet : Food Diary

Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.

Read More »
Stereo
Dr. Ridzuan

Steroid : Most Common Adverse Effect

Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *