KRIM UNTUK ECZEMA??? ANTARA SELAMAT, MANFAAT & RISIKO YANG ANDA PERLU TAHU

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Maaf, hari ni saya nak beleter panjang skit pasal steroid.

Post saya kali ni bukanlah bertujuan nak menidakkan kebaikan krim steroid atau menakut-nakutkan masyarakat tentang krim steroid ni. Memang betul steroid terbukti selamat untuk digunakan & telah banyak membantu khususnya pesakit eczema, TAPI HANYA sekiranya digunakan dibawah selian doktor/pharmacist.

Yang saya risaukan adalah tahap kesedaran masyarakat tentang bahaya salah guna krim steroid ini masih lagi sangat rendah. Ditambah pula dengan penjualan krim2 ni berleluasa di online/shopee yg rata-rata pengguna membeli kerana terpengaruh dengan testimony “instant effect” selepas sapu krim ni tanpa sedar akan kesan negetif jangka panjang!!!

Sebelum sy ulas krim steroid yg belambak dekat online/shopee ni, sy focus dulu untuk krim steroid yg sah under regulation dari klinik/farmasi dulu.

Tak dinafikan, sesetengah penyakit especially yang melibatkan keradangan, memang memerlukan steroid. The benefit outweighs the risk. Jadi incase terpaksa juga ambil krim steroid ni untuk rawat masalah eczema/gatal-gatal, boleh rujuk tips di bawah ni:

Isi Kandungan

  • #10 PERKARA PENTING TENTANG PENGUNAAN STEROID
  • RISIKO STEROID YANG PATUT ANDA TAHU.

#10 PERKARA PENTING TENTANG PENGUNAAN STEROID

1) Firstly, know the types of steroids available! Kekuatan steroid terbahagi kepada 4 ; paling lemah (mild), sederhana kuat (moderate potency), kuat (potent) dan sangat kuat (very potent). Makin kuat steroid, makin cepat keberkesanannya tapi as expected, makin banyak kesan sampingan.

2) Secondly, bagaimana nak pilih steroid yang sesuai? Pemilihan steroid bergantung pada umur, kawasan kulit yang terlibat, chronicity (berapa lama penyakit kulit) dan tahap keterukan (severity) penyakit kulit.

3) Pesakit kanak-kanak dan orang tua mempunyai kulit yang nipis. Disyorkan menggunakan krim steroid yang tidak kuat.

4) Jika kawasan kulit yang sediakala nipis ie muka, pelipat dan kemaluan, pastikan guna steroid yang tidak kuat.

5) Jika penyakit kulit sudah kronik dan menjadi tebal, boleh gunakan steroid yang kuat. Tapi make sure dapat nasihat doctor dulu.

6) Sangat digalakkan untuk guna krim steroid bersama-sama dengan pelembab. Seeloknya masa kulit sedang lembab seperti lepas mandi. Jarakkan lebih kurang 30 minit antara pelembab dan steroid. Siapa dulu, pelembab atau steroid? Tak kisah.

7) Berapa banyak nak pakai? Gunakan konsep FTU (Finger tip unit). 1 FTU = amount of cream from tip of adult’s finger to the first joint. So setiap bahagian badan orang dewasa atau kanak-kanak, sudah diletakkan rough estimate berapa banyak steroid krim diperlukan. Boleh rujuk gambar.

8) Berapa lama boleh gunakan steroid kuat? Potent (kuat) krim steroid tidak sepatutnya digunakan berterusan > 4 minggu. Dan very potent (sangat kuat) krim steroid tidak sepatutnya melebihi > 2 minggu.

9) Apa patut buat bila kulit sudah ok? Boleh turunkan (taper) krim steroid perlahan-lahan. Ini untuk elakkan rebound flare (kulit radang semula jika berhenti krim steroid secara tiba-tiba). Caranya; 2x sehari -> 1x sehari -> 1 -3 x seminggu. Untuk eczema yang kerap berlaku di tempat yang sama seperti pelipat (hotspot area), digalakkan proactive or weekend therapy apabila kulit sudah ok. Maksudnya, sapu krim steroid yang mild 1x atau 2x seminggu masa hujung minggu untuk prevent daripada jadi flare semula.

10) Last sekali, jangan sekali-kali beli steroid tanpa pengawasan doctor. Setiap 3 -6 bulan, tolong berjumpa dengan doctor untuk pantau response (keberkesanan) dan kesan sampingan. InshaAllah dengan pengawasan doktor, ok.

RISIKO STEROID YANG PATUT ANDA TAHU

Tahu tak, steroid ni tak boleh pakai lebih dari 14 hari & maksimum penggunaan sehari hanya 2 kali? Lepas ON steroid, pesakit tak boleh berhenti mengejut, dia mesti ada tempoh tapper down steroid secara berkala. Kalau tak, next time sakit tu datang kali ni akan lebih teruk & maybe krim tu dah tak berkesan lagi.

Dos kuantiti & tahap “potency” steroid juga berbeza untuk setiap pesakit. Sebab tu kalau terlalu kerap atau lama bergantung dengan krim ni boleh mendatangkan mudarat yang sangat dasyat samada untuk bayi mahuan orang dewasa seperti:

  • Kegagalan system buah pinggang
  • Pertumbuhan kanak-kanak terbantut
  • Cushing syndrome (muka bayi menjadi bulat)
  • Kulit menipis & tulang menjadi rapuh
  • Lemah daya tahan penyakit & jangkitan kuman

(boleh rujuk post saya yang sebelum ni untuk kesan negetif steroid ini)

Sebab tu Malaysia letakkan steroid dibawah akta dadah kawalan KKM. Jadi semua produk yang mengandungi steroid walaupun hanya 0.001miligram, wajib apply kelulusan under pharmaceutical (MAL) iaitu under kategori ubat-ubatan. (NOT KKM untuk kategori bukan ubat, seperti herba etc..).

Bayangkan steroid yg dibawah selian doktor ni pun masih berisiko, inikan pula krim-krim shopee yg kita pun tak tahu brp tinggi kandungan steroid dalam tu. Dah tu plak main sapu je banyak2 & ikut suka brp kali nak.

HATI-HATI PRODUK TIPU DECLARE

Produk yang ada NOT KKM pun belum tentu selamat. Saban tahun ada sj produk yg KKM tarik balik kelulusan sbb bila diaudit rupanya mengandungi bahan2 merbahaya seperti steroid ni (tipu declare). Bayangkan, tu produk yg at lease register juga under KKM… kalau takde? Ntah apa yg dia letak dalam tu. Kita pun beli je sebab tengok gamba testimony semuanya gempak-gempak, harga plak RM2 jer…

Dekat online/shopee penuh dengan produk yg ada steroid, camphor, etc pun diorg berani claim 100% “herba base”. Produk ni confirm tak ada kelulusan KKM.

Nanti dah sapu dekat anak, anak boleh kena sawan (Effect camphor). Esok anak tu dah besar macam-macam penyakit ada. Jangan kata anak, org besar pun tak kurang risikonya…

Awak ingat time tu seller tu nak bertanggungjawab???

Berbaloi ke semata-mata untuk kelegaan sementara, tapi kita memperjudikan masa depan anak sendiri? Tepuk dada tanyalah hati…

ALTERNATIF KEPADA KRIM STEROID, BEBAS KESAN SAMPINGAN

Kebelakangan ini, kesedaran masyarakat terhadap kesan sampingan akibat pergantungan kepada krim steroid ni dah mula meningkat. Ramai yang mula mencari alternatif yang lebih selamat seperti produk berasaskan bahan natural.

Untuk anda yang sedang mencari alternatif selain steroid, boleh cuba produk “Steroid FREE” yang berasaskan herba dengan 100% natural ingredient seperti DERMCARE Soothing Cream yang saya rumuskan khas untuk melegakan masalah eczema.

Bukan saja sangat berkesan untuk melegakan kegatalan dengan kadar segera, tp juga bertindak sebagai pelembab yg sangat diperlukan oleh kulit eczema untuk baikkan skin condition yg rosak akibat keradangan eczema.

Untuk anda atau parent yg mencari ikhtiar untuk melegakan kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami di Dr.Ridz Skinlabs.

Boleh rujuk SINI untuk detail.

MORE RELATED ARTICLES...

Eczema101
Dr. Ridzuan

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Eczema Diet : Food Diary

Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.

Read More »
Stereo
Dr. Ridzuan

Steroid : Most Common Adverse Effect

Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *