Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.
“Ada NOT KKM pun rupanya belum tentu selamat. Patutla tiap2 tahun ada je yang kena tarik balik”
Pernah tak terfikir kenapa ada banyak kes produk yang mempunyai notifikasi KKM dirampas dan ditarik semula selepas didapati mengandungi bahan berbahaya?
Tak nafikan memang penting untuk pastikan setiap produk memiliki kelulusan dari badan penyeliaan seperti KKM untuk pastikan keselamatan pengguna terjamin. Tapi, disebabkan terlalu banyak produk dipasaran, badan penyelia ini tak mampu untuk check 1-1 setiap produk dipasaran samada betul-betul menetapi piawaian yang ditetapkan.
Isi Kandungan
- ADA NOT KKM, BUKAN BERMAKSUD LULUS UJIAN MAKMAL
- #5 TAKTIK MANIPULASI NOT KKM
- NOT KKM Yang Dibeli
- NOT KKM Sudah Tidak ‘Valid’
- NOT KKM Palsu
- NOT KKM Telah Luput Tarikh
- Produk Tiruan
- KESIMPULAN
ADA NOT KKM, BUKAN BERMAKSUD LULUS UJIAN MAKMAL
Ramai yang menyangka jika produk tersebut telah mepunyai nombor NOT KKM, produk tersebut telah diuji keselamatannya di makmal KKM. Anda silap! Nombor NOT KKM hanyalah satu pengesahan bahawa produk tersebut telah di’notifikasi’kan atau didaftarkan dalam sistem KKM dimana pengeluar/founder hanya perlu declare bahan-bahan melalui documentasi, tanpa bukti ujian makmal.
Maksudnya KKM dimaklumkan bahawa produk tersebut dihasilkan di kilang GMP (Good Manufacturing Practice) yang tersenarai dalam direktori KKM seperti Dr.Ridz Manufacturing (kilang yang menghasilkan produk dermcare & beberapa produk kerjasama dengan universiti tempatan).
NOT KKM hanyalah bukti produk tu berdaftar & di bawah pemantauan KKM sahaja, bukan bukti selamat ke tak. Biasanya jenama yang bertanggungjawab akan hantar sendiri untuk ujian makmal seperti SIRIM, & Independent Lab (Permulab, Weryx, Bioeconomy, etc) untuk mengesahkan produk mereka bebas dari bahan bahaya.
Jadi, bila pula poduk akan diuji oleh KKM? Ia akan diuji sekiranya terdapat sebarang laporan kesan sampingan produk tersebut. Contohnya ramai yang membuat laporan kulit muka mereka rosak selepas menggunakan krim pemutih XYZ. Maka ketika itu pihak KKM akan menyemak semula nombor NOT KKM untuk krim XYZ dan menjalankan penyiasatan serta ujian ke atas produk yang dilaporkan tersebut.
#5 TAKTIK PENIPUAN NOT KKM
Disebabkan untuk dapatkan NOT KKM ni founder hanya perlu declare melalui documentasi sahaja, jadi banyak yang boleh dimanipulasi oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Berikut adalah 5 taktik penipuan NOT KKM:
1. NOT KKM Yang Dibeli
Kes ini memang sangat banyak. Untuk founder yang hanya memikirkan keuntungan wang semata-mata, mereka meletakkan nombor NOT. KKM palsu! Mereka membeli nombor ini dengan harga beberapa ribu dari kilang GMP yang tidak bertanggungjawab dan meletakkannya di label produk mereka sendiri.
Pengguna menyangkakan produk mereka benar-benar telah dinotifikasi tetapi sebenarnya tidak! Kenapa mereka berbuat begitu? Sebab sebenarnya produk mereka tidak dibuat di kilang GMP untuk mengurangkan kos produksi/pengeluaran produk.
Mereka mungkin membancuh produk di dapur rumah untuk menjimatkan kos pengeluaran/penghasilan produk. Jika dapur bersih, Alhamdulillah tetapi jika dapur dikongsi dengan tikus dan lipas??? Fikirkanlah.
.
2. NOT KKM Sudah Tidak ‘Valid’
Kes ini berlaku apabila mula-mula produk dihasilkan di kilang GMP. Jadi pengeluar produk dapat memohon nombor NOT KKM. Kemudian untuk pengeluaran batch seterusnya, mereka hasilkan produk di rumah sahaja tetapi dengan menggunakan nombor NOT. KKM yang sama. Sekali lagi, tak tahulah bagaimana kebersihan dijaga sepanjang proses penghasilan produk.
.
3. NOT KKM Palsu
Ini berlaku apabila pihak syarikat mereka-reka nombor NOT KKM padahal NOT KKM tersebut tidak wujud pun dalam sistem KKM. Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada ‘Product Search’ (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.
.
4. NOT KKM Telah Luput Tarikh.
Ini lagi satu masalah. Sebenarnya setiap kali memohon NOT KKM untuk sesuatu produk, nombor NOT KKM itu boleh digunakan untuk satu tempoh masa tertentu sebelum ianya luput. Ada juga yang menggunakan nombor itu walaupun telah luput. Apa yang membimbangkan adalah kandungan produk juga telah berubah dan mengandungi campuran bahan berbahaya.
.
5. Produk Tiruan
Ini yang paling membimbangkan. Produk dengan bungkusan luar dan NOT KKM sebiji macam produk asal tetapi sebenarnya produk tiruan! Biasanya produk tiruan mengandungi bahan berbahaya sebab mereka ingin mendapatkan kesan yang cepat tetapi dengan kos yang murah. Contohnya cepat putih, cepat kurus dan cepat sembuh.
KESIMPULAN
Jadi, hanya merujuk kepada NOT KKM sahaja belum menjamin sesuatu produk itu benar-benar selamat dan berkesan. Bayangkan yang ada KKM pun orang boleh tipu, apatah lagi yang langsung tak ada seperti krim viral import dari china tu?
Jadi apa yg lebih penting selain KKM adalah “kenal” SIAPA DIBELAKANG produk tersebut. Pilihlah produk yang back by scientific research, ada paper & journal-journal kajian yang benar-benar wujud bukan direka-reka.
Kaji siapa yang buat kajian & apa bukti saintifik yg telah dijalankan untuk back their claim, bukan hanya testimony gambar/whatapps yg boleh direka-reka. Banyak juga produk ada NOT tapi hanya claim kosong tanpa sebarang bukti kajian menyeluruh.
Selidik siapa founder, detail tentang syarikat etc supaya mudah untuk kita ambil tindakan undang-undang sekiranya sesuatu yang tak diingini terjadi selepas guna produk tersebut.
MORE RELATED ARTICLES...
Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali
Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.
Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.
Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?
Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.
Eczema Diet : Food Diary
Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.
Eczema : Antara Rawatan Konventional & Alternatif
Malangnya, tiada penawar atau ubat yang mampu untuk menyembuhkan ekzema. Tapi terdapat banyak rawatan yang boleh membantu menguruskan simptom dan mencegah flare-up.
Steroid : Most Common Adverse Effect
Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.
Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali
AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.