Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Artikel ini disunting dari:
Dr Hafsah Sazali
MB, BCh, BAO (NUI, RCSI), LRCP & SI
MRCPI
PGDip Clinical Dermatology
MSc Clinical Dermatology

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Apakah bukti klinikal terkini mengenai peranan pantang pemakanan atau ‘elimination diet’ dalam rawatan ekzema? Ini ringkasannya:

Rujukan: Elimination Diets in Eczema- A Cautionary Tale Young, Michael C. The Journal of Allergy and Clinical Immunology: In Practice , Volume 4 , Issue 2 , 237 - 238

UJIAN ALERGI

Perkara pertama yang masyarakat perlu faham ialah ujian alergi yang positif TIDAK bermakna makanan tersebut ialah punca serangan ekzema mereka terjadi. Tanggapan yang salah perlu diperbetul. (Rujuk gambar di bawah)

Sebab inilah pakar kulit bertauliah tidak membuat ujian alergi kepada semua pesakit ekzema, kerana ia satu pembaziran jika tiada bukti kukuh ekzema seseorang pesakit benar-benar dipengaruhi makanan tertentu dan ia juga boleh menjurus kepada amalan pantang makanan yang tidak diperlukan.

TIADA KAJIAN KUKUH

Tiada kajian berkualiti dan kukuh yang membuktikan ‘elimination diet’ atau ‘elemental diet’ merawat ekzema. (Rujuk keratan jurnal di bawah)

RISIKO JANGKA PANJANG

Pantang makanan pada peringkat kanak-kanak tanpa mendapatkan nasihat dan pemantauan pakar bertauliah boleh menyebabkan kanak-kanak hilang toleransi pada makanan-makanan tersebut dan mengakibatkan reaksi yang lebih parah pada masa akan datang sehingga menyebabkan kesukaran bernafas serta risiko kematian. (Rujuk keratan jurnal di bawah)

Semakin banyak bukti klinikal yang menunjukkan jika makanan diperkenalkan pada peringkat kanak-kanak (early introduction), ia memudahkan mereka untuk membina toleransi pada makanan tersebut.

Dalam erti kata lain pantang makanan bukan penyelesaian ekzema, malah boleh menjurus kepada masalah kesihatan lain. Pakar kulit bertauliah tidak akan mensyorkan apa-apa pantang makanan kecuali untuk segelintir sahaja pesakit yang benar-benar memerlukannya (berdasarkan penilaian yang teliti).

Tiada istilah ‘protokol pemakanan’ untuk semua pesakit ekzema. Setiap pesakit adalah berlainan dan kita tidak patut menyarankan sesuatu pantang yang bukan sahaja tidak terbukti berkesan, malah ada risiko membawa mudarat.

KESIMPULAN

Tak dinafikan kita dengar ramai yang feedbak lepas pantang makanan seperti gandum & gula, condition eczema mereka sangat improve. Tapi kita tak boleh simply terus avoid. The best way is, kita rekod setiap rutin pengambilan makanan vs reaction selepas makan makanan tersebut (Food Diari)

Boleh rujuk detail artikel berkenaan Food Diari di SINI

Pesanan terakhir saya, sebelum anda terikut-ikut pantang makanan yang tersebar di media sosial rujuklah pada pakar sebenar yang telah menjalani latihan intensif serta berstruktur.
Anda boleh semak nama pakar kulit bertauliah di laman web Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) (dermatology.org.my)

References:

DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.

MORE RELATED ARTICLES...

Leave a Reply