“Betul ke Pantang Makanan Radang Boleh Sembuhkan Eczema?”

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Tak dinafikan, makanan juga boleh jadi antara faktor pencetus eczema. Tapi perlu ke kita berpantang makanan sampai tapis segala benda? Kalau ye, makanan yang macamana kena elakkan untuk eczema?

Pada pandangan saya, boleh berpantang makanan especially makanan yang boleh mencetuskan radang. Tapi biar kena dengan caranya. Jangan kita terlalu trauma sampai sanggup tak bagi langsung pada anak tu. Kena sentiasa ingat, tak semestinya anak alah pada ayam (cth) akan selamanya alah dengan ayam. Sama juga sekarang anak serasi dengan ayam, tak selamanya akan serasi dgn ayam. Mungkin boleh alergik di masa depan. Tahap alahan boleh berubah-ubah atas pelbagai faktor.

Isi Kandungan

  • Berpantang Secara Rawak
  • Basic Makanan Radang yang Boleh Dielak
  • Teori Controversi Makanan Radang (vs) Eczema

SANGAT TAK DIGALAKKAN UNTUK BERPANTANG SECARA RAWAK!!!

Especially ibu mengandung & bayi eczema, sangat-sangat tak digalakkan untuk berpantang secara rawak (banned segala jenis makanan). Nutrisi yang seimbang amat penting untuk tumbersaran bayi yang sihat. Kalau ibu simply pantang semua benda, boleh risiko pada tumbesaran bayi & kesihatan ibu sendiri. Banyak kajian mendapati masalah salah faham orang ramai tentang alahan. Kajian menunjukkan bahawa hapir 50%~90% pengidap eczema yang menganggap dirinya ada alahan sebenarnya tiada alahan.

Maksud berpantang di sini, bukanlah kena elak semua jenis makanan kategori yang pesakit tu alah. Cth, jika alah susu, tak bermaksud tak boleh minum semua jenis susu. Terutamanya untuk kanak-kanak, susu sangat penting untuk perkembangan mereka. Jadi kalau kita terus cut pengambilan susu, maka risiko terbantut tumbesaran mereka sangat tinggi.

Jadi kena kenal pasti susu mcmn yang boleh trigger alahan, dan kena cuba mana yang tak. Mungkin boleh try susu yg free lactose, Nan HA atau susu kambing. Susu formula ni kena try & error. Sama juga ayam (protein). Mungkin alah dgn ayam pasar, tapi tak bila ayam organik. Kena sentiasa try & error. Begitu juga untuk diet yg lain seperti ikan, beras, etc.

Sebab tu saya suggest buat “Food Diary” untuk record diet dan reaksi selepas consume makan/minum diet tersebut. Mungkin makanan yang kita anggap alahan, rupanya bukan. Kelebihan food diary bkn saja kita boleh trace makanan yang pesakit alah, tapi juga boleh jadi rujukan doktor untuk consult dengan lebih tepat masalah pesakit.
(boleh rujuk sini : Food Diary)

BASIC MAKANAN RADANG YANG BOLEH DIELAK.

Kalau nak ikutkan, sangat banyak teori-teori makanan yang perlu pesakit eczema ni elakan, ada yang betul dan ada yang kita tak pasti betul atau tak. Boleh jadi juga pesakit A yang OK bila makan, tapi pesakit B tak boleh. Jadi, semuanya berngantung pada keadaan pesakit. Tapi di sini saya just suggest basic kategori makanan randang yang paling common:

GLUTEN

  • Cth: Roti, biskut, kek, kuih muih, mee kuning, pasta dan semua asas tepung gandum.
  • Tepung gandum mengandungi protin GLUTEN (bersifat melekit) yang menyebabkan keradangan dan reaksi melampau dinding usus. Gluten juga susah untuk dihadam. Jadi untuk mereka yang ususnya tak berapa kuat, lambat nak hadam. 

GULA  PUTIH

  • Gula menyebabkan masalah keradangan usus dan gangguan kepada bakteria baik dalam usus kerana ia menyebabkan masalah persekitaran berasid dalam usus.
  • Gula juga menggalakkan pertumbuhan kulat seperti kandida dalam usus.

DAIRY PRODUCTS

  • Produk susu dan tenusu terutamanya susu lembu komersil mengandungi protin kasein dan boleh menyebabkan masalah keradangan dalam usus.
  • Laktosa dalam susu yang gagal di hadamkan akibat kekurangan enzim ‘lactate dehydrogenase’ menyebabkan kembong iaitu perut rasa ‘bloated’.

FAST/JUNK FOOD.

  • Junk/processed food biasanya kandungan gula yang tinggi disamping tidak mengandungi sebarang zat-zat pemakanan surih seperti vitamin & mineral yang membantu dalam tumbesaran. 

TEORI CONTROVERSI MAKANAN RADANG VS ECZEMA.

Secanggih manapun teknologi perubatan yang kita ada sekarang, pakar scientist perubatan masih belum berjaya kenal pasti 100% punca & cara rawatan yang paling mujarap untuk merawat eczema. Eczema boleh terjadi atas macam-macam faktor, dan tak semestinya sama untuk setiap pesakit.

Penting di sini untuk saya stress out, kaitan antara makanan radang contoh seperti Gluten (tepung gandum) penyebab eczema masih lagi KEKAL KONTROVERSI. Tiada bukti saintifik yang definitively menunjukkan yang gluten boleh menyebabkan eczema. Cuma, berdasarkan anecdotal evidence (melalui pemerhatian & pengalaman individu) menunjukkan bahawa sesetengah pesakit ekzema mungkin mengalami flares apabila mengambil gluten.

Ekzema ni bukan penyakit kulit semata-mata yang bersangkut paut dengan masalah dalaman seperti usus sahaja. Boleh jadi genetik, emosi, cuaca, persekitaran, bahan kimia (sabun, detergent etc), tahap imuniti dan sebagainya. Namun boleh dikatakan 100% adalah disebabkan kerana genetik jadi hanya boleh dirawat tapi tak boleh disembuhkan (masalah boleh hilang, tapi akan datang balik)

Walaupun kita kawal & consume diet pemakanan yang sihat, ini hanya boleh elakkan eczema dari berlaku (flare-up) tapi tak boleh rawat symptom (gatal2 & radang) on the spot. Kita masih perlukan produk (krim/moisturiser etc) untuk handle eczema ketika flare-up.

Kalau dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri bertambah serius especially apabila anak2 mula menggaru hingga luka teruk mungkin terdedah pada jangkitan kuman yang lebih serius.

RISIKO BERGANTUNG RAWATAN STEROID

Sedia maklum yang masalah eczema ni dia come & go anytime. Bukan menidakkan rawatan conventional ni, cuma kita concern jika terlalu bergantung pada penggunaan krim yang mengandungi bahan seperti camphor atau steroid, dikhuatiri boleh mencetuskan kesan sampingan.

Steroid terbahagi kepada 4 tahap/class, hanya pakar yang boleh advise class mana yang sesuai dengan keadaan pesakit. Makin tinggi classnya, makin tinggi risiko kesan sampingan. Sebab tu dia diletakkan di bawah “Racun Terkawalan” oleh KKM.

Rujuk SINI & SINI

Penggunaannya hanya dibenarkan dengan pengawasan doktor pakar sahaja (tak smua doktor boleh prescribe steroid pada pesakit, dan perlu consent dari pesakit sendiri sblm guna). Maximum penggunaan tak boleh lebih dari 14 hari, & tak boleh stop secara mengejut (boleh rujuk pos sebelum ni tentang penggunan steroid yang betul).

Sedangkan yang dibawah pengawasan doktor pun berisiko tinggi, apatah lagi krim yang kita tak pasti apa bahan & siapa pengeluarnya. Jadi, hati-hati bila beli produk takut2 terbeli yang ada steroid & champor.

KESIMPULAN & ALTERNATIF KEPADA STEROID

Walau apapun caranya kita berikhtiar, kepada Allah jualah kita berserah keputusannya. Semoga apa jua solusi yg anda sedang gunakan sekarang mampu selesaikan masalah & dihindari dari kesan yang tak diingini…

Untuk anda yang mencari alternatif kepada steroid yang menggunakan natural ingredient untuk merawat keradangan akibat eczema, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami yang berasaskan gabungan herba tradisional cina & melayu di link di SINI:

 

MORE RELATED ARTICLES...

Eczema101
Dr. Ridzuan

Contact Dermatitis (CD) : Ezema yang anda perlu kenali

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.

Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Pantang Pemakanan Dalam Ekzema : Bekesan Atau Tidak?

Kebelakangan ini, ada banyak artikel berlegar di media sosial tentang pantang/ protokol pemakanan (contohnya pantang karbohidrat, gluten dan sebagainya) untuk rawatan pesakit ekzema. Banyak artikel berkenaan tidak ditulis oleh pakar bertauliah namun malangnya ramai anggota masyarakat yang mudah percaya.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Eczema Diet : Food Diary

Seseorang yang mempunyai eksema boleh mendapat reaksi daripada pelbagai pencetus termasuklah pencetus dari persekitaran, bahan kimia atau dari makanan. Jika anda mengesyaki bahawa makanan mungkin memberikan reaksi alergik maka, penyimpanan Food Diary boleh membantu.

Read More »
Stereo
Dr. Ridzuan

Steroid : Most Common Adverse Effect

Yes, it’s true that long-term use of steroids even only apply on the skin surface can lead to a condition known as steroid addiction or “steroid dependency.” This can cause the body to become dependent on the steroid, leading to withdrawal symptoms such as itching and hives when the steroid is discontinued.

Read More »
Eczema101
Dr. Ridzuan

Atopic Dermatitis (AD) : Ezema yang anda perlu kenali

AD adalah sejenis “penyakit kulit”, bukannya jangkitan. Jadi dia TIDAK AKAN BERJANGKIT pada orang lain. Eczema ni berlaku bukanlah disebabkan oleh kuman atau cara hidup yang tak sihat, tapi diwarisi melalui genetik keturunan. Jadi amatlah tak patut kalau kita pandang serong kepada pesakit ini dan salahkan mereka tak jaga kebersihan dan sebagainya.

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *