Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.
Pelembab (Moisturizer/Emollient) sangat-sangat penting untuk pesakit kulit especially eczema & psoriasis. Pelembab ni datang dalam pelbagai bentuk/texture. Ada yang dalam bentuk minyak (ointments), vaseline, lotions, krim dan sebagainya. Jadi, texture yang macamana pesakit ekzema ni perlu pilih base on condition kulit mereka?
Artikel ni kita akan discuss dengan detail PRO & CONS setiap jenis texture moisturizer ni..
Isi Kandungan
- Kenapa Pelembab Sangat Penting
- Jenis-Jenis (Texture) Pelembab
- Ointments (Salap)
- Creams
- Lotions
- Skin barrier creams (Krim penghalang kulit)
- Mana Yang Paling Sesuai
KENAPA PELEMBAB SANGAT PENTING
Dalam guidline KKM untuk pesakit eczema, pelembab/moisturizer adalah “First Defence” yang bermaksud perkara paling penting & utama untuk manage symptom eczema. Moisturizer atau pelembap membantu untuk elakkan kulit dari menjadi kering dehydrated. Kulit yang kering lebih mudah untuk gatal-gatal & tercetusnya ruam-ruam merah (flare-up).
Anda boleh menggunakan moisturizer sekerap yang anda perlukan. Ini mungkin 2-3 kali sehari atau lebih jika kulit anda menjadi sangat kering, bukan tunggu dah flare-up baru nak guna.
Moisturizer membantu melindungi lapisan kulit paling luar yang dikenali sebagai stratum korneum. Skin barrier yang rosak membolehkan alergen, bakteria dan perengsa memasuki kulit dengan mudah. Selain itu, kulit yang rosak tidak dapat mengekalkan air secara effective dan boleh menyebabkan kulit kering dan kegatalan kronik yang boleh memburukkan lagi gejala eczema.
JENIS-JENIS TEXTURE PELEMBAP
Moisturizer boleh dibahagikan kepada 3 jenis texture iaitu Lotion, Krim, dan Ointments. Setiap moisturizer boleh dibezakan berdasarkan jumlah minyak dan air yang terkandung di dalamnya.
Dalam rajah di atas, texture yang semakin ke kanan semakin banyak kandungan minyak, texture ke kiri semakin banyak kandungan air.
1# OINTMENTS (SALAP)
PRO:
Antara jenis pelembap, ointments mempunyai kandungan minyak tertinggi. Oleh itu, ia menjadi pilihan utama apabila merawat ekzema. Ointments secara amnya tidak rasa pedih dan kurang mengandungi bahan pengawet apabila digunakan pada kulit sensitif dan ia adalah baik untuk mengekalkan kelembapan.
CONS:
Disebabkan texturenya yang tebal, ointment ni lebih leceh/greasy apabila disapu & mungkin akan rasa tak selesa, rimas/berminyak atau melekit. Lebih-lebih lagi dalam cuaca panas atau kulit yang kuat berpeluh.
2# CREAM
PRO:
Kandungan minyak kedua tertinggi adalah krim. Ia juga baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Krim mempunyai tekstur kurang berminyak/greasy berbanding ointments, jadi lebih kemas & mudah untuk disapu. Ia juga lebih sesuai diguna di keadaan cuaca yang panas dan lembap berbanding ointments
CONS:
Ada sesetengah krim yang menggunakan bahan additive penstabil dan pengawet yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit (SLS, SLES, Paraben, ETC). Perlu lebih kerap di apply berbanding ointment.
3# LOTION
PRO:
Bahan utama lotion adalah air & paling kurang kandungan minyak berbanding ointments dan krim. Jadi texturnya lebih mudah & paling selesa untuk digunakan.
CONS:
Disebakan paling kurang berminyak, lotion palaing cepat meruwap jadi tak sesuai untuk masalah kulit kering yang serius. Kadang-kadang lotion juga ada bahan pengawet yang boleh merengsakan apabila digunakan pada kulit yang sensitif.
MANA YANG PALING SESUAI
Jenis texture mana yang paling sesuai untuk digunakan bergantung pada:
- Tahap kekeringan kulit anda.
- Kawasan kulit yang terlibat.
- Mana yang anda lebih selesa untuk guna.
MILD ECZEMA:
Untuk kulit kering yang biasa-biasa dan ekzema pun jarang-jarang flare-up, boleh guna texture jenis lotion atau krim. Sebab? Lotion/cream ni lebih senang kalau nak sapu dan tak rasa rimas berminyak. Jadi lebih selesa lepas apply. Lotion selalunya terbaik untuk kawasan kulit berbulu.
MODERATE-SEVERE ECZEMA:
Dengan kulit kering yang sederhana hingga teruk maka krim yang lebih tebal atau salap biasanya terbaik. Krim lebih senang nak sapu & tak rasa merimaskan, tetapi perlu disapu lebih kerap daripada ointments.
Untuk kawasan ekzema yang berair, krim atau lotion biasanya terbaik, kerana ointments akan cenderung menjadi sangat messy & merimaskan (berminyak).
Untuk yang 1st time menggunakan sesuatu produk, sapu dulu sikit (size kacang pea) pada pergelangan tangan atau celah siku. Biarkan hingga 24jam, kalau tiada sebarang reaksi (ruam/gatal/mengelupas) maksudnya ia serasi dengan kulit anda.
Anda juga boleh rujuk doktor, atau farmasis anda untuk nasihat tentang jenis dan jenama mana yang paling sesuai untuk anda. Kalau nak tanya Dr Ridz pun boleh, join je group telegrem kami di SINI
PENGUMUMAN!!!
01/Oct/2023 (Ahad) ni kami akan lancarkan New Moisturiser terbaru Dr.Ridz Skinlabs. Potongan harga sebanyak 30% termasuk untuk produk-produk lain.
Tambahan BONUS & FREE GIFT menarik khas untuk launching ni.
Offer sangat-sangat limited, hanya berlangsung untuk 1 HARI SAHAJA:
DATE : 01/OCT/2023
DAY : AHAD
TIME : 7am~11:50pm
Kepada yang berminat untuk grab offer sempena launching produk terbaru ni, anda perlu join Whatapps group “PROMO LAUNCHING” kami di link dibawah supaya info2 penting lebih senang untuk kami sampaikan & anda tidak terlepas pandang:
<Click bawah untuk ke group wasap>
👉🏼 GROUP PROMO LAUCHING
Group wasap ni ada limit sampai certain number sahaja yang boleh join (limitation yang wasap sendiri set). So sebelum group ni dah penuh quota, boleh terus click link bawah ni untuk join dulu group tu sekarang ye.
Semua Info berkenaan Promosi ini akan kami update di group ini.
References:
DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.

