Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.
Salah satu cabaran untuk handle eczema ni adalah bila makin kronik dan makin teruk seperti berair, bergelembung air, bengkak. Ruam kulit ni akan sentiasa berair, bernanah & berabau hanyir buatkan kita memang tak selesa.
Sebenarnya ada cara yg kita sendiri boleh buat sendiri dirumah tanpa perlu ke klinik untuk keringkan eczema basah ni. Caranya adalha gunakan air garam atau “Normal atau 0.9% Saline Water”
Isi Kandungan
- Apa tu 0.9% Atau Normal Saline Water
- Teknik Rawatan Saline Water
- Nak Guna Apa Lepas Saline Water?
APA TU 0.9% atau NORMAL SALINE WATER
Perasankan kalau masuk wad, sebelah katil patient tu biasanya ada bag-bag air yang tergantung kat tiang tu. Tu la saline water.
Normal saline ni merujuk kepada larutan yang terdiri dari 0.9% kepekatan sodium klorida, NaCl (garam) dalam air. Hanya kepekatan sodium klorida ini sahaja yang dikenali sebagai “Normal Saline” sebab osmolaritinya hampir sama dengan osmolariti darah.
Kalau di hospital/klinik, biasanya normal saline ni digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk untuk membersih/irigasi (wash out) luka dan tisu organ. Ini kerana normal serline bersifat antiseptik yang mampu menghalang mikroorganisme patogen menjadi punca jangkitan hingga menyebabkan gatal-gatal seperti kulat, bakteria, parasit dan virus. Saline water juga mempunyai kesan anti-inflamasi untuk meredakan radang & gatal-gatal pada kulit.
Normal saline ini boleh dibeli di farmasi atau di kedai cermin mata kerana larutan ini juga digunakan untuk membasuh kanta pelekap (contact lens).
TEKNIK RAWATAN SALINE WATER
Â
1)
Tuangkan air saline (0.9% NaCl) ke dalam mangkuk agak-agak cukup untuk kita rendamkan gauze. (boleh juga gunakan kain/tuala lembut yang nipis asalkan tak melekat pada kulit yang basah tu)
2)
Tekap atau “dap-dap” kain/gauze yang basah tadi berulang kali setiap 5-10 minit sehingga kulit menjadi kering. Lakukan proses ni 3-4 kali sehari. Lagi kerap buat, lagi cepat kulit tu kering. So kalau larat, ulang je banyak-banyak kali sampai kulit kembali kering.
3)
Selepas kawasan tu dah kering (proses ini boleh mengambil masa 1-2 hari bergantung kepada frekuensi pembersihan), barulah sapu krim yang serasi secara intensif.
4)
Untuk kes kaki dan tangan berair dan berbelon, boleh terus rendam kaki dan tangan tu ke dalam larutan saline. Bila dah kering barulah disapu krim/pelembap secara intensif.
5)
Untuk kawasan ruam berair yang lebih luas (bukan tertumpu pada suatu tempat), boleh apply teknik Wet Dressing menggunakan tuala nipis yang direndam dengan saline water kemudian balut bahagian yang bermasalah.
6)
Bila tuala tadi tu dah nampak kering, boleh spray je saline water tadi untuk bagi dia lembap balik. Bila dah kotor, tukar dengan tuala yang baru & ulang process tadi sampai la kulit dah kering barulah sapu krim/pelembab secara intensif.
p/s:
Kalau selepas prosedur ni kulit jadi terlajak kering & sakit, boleh gunakan pelembap untuk sapu bahagian yg terlalu kering tu. Kalau boleh gukan pelembab yang jenis krim atau losyen, bukan ointment.
NAK GUNA KRIM APA LEPAS GUNA SALINE WATER NI?
Untuk yang tak ada option lain, boleh gunakan krim steroid yg biasa digunakan untuk masalah kulit seperti eczema, tapi WAJIB dapatkan nasihat doktor supaya tak berlaku kesan sampingan yang tak diingini.
Steroid diklasifikasikan sebagai bahan kawalan KKM kerana kesan sampingannya yang boleh mendatangkan mudarat seperti kegagalan buah pinggang & terencat pertumbuhan kanak2 jika penggunaan yang berpanjangan & berlebihan.
Krim steroid ni dibahagikan kepada 4 kategori mengikut “potency” (kekuatan) steroid yang terkandung dalam krim tersebut. Sebab itu saya tak galakkan untuk beli krim steroid di farmasi (over the counter) atau online kerana kita tak tahu berapa potensinya & berapa dos yang sesuai dengan keadaan pesakit.
Sebagai langkah alternatif, boleh gunakan produk “Steroid Free” yang berasaskan herba dengan 100% natural ingredient seperti DERMCARE Soothing Cream yang saya rumuskan khas untuk masalah eczema. Kesannya adalah setanding steroid, tapi bebas dari kesan sampingan. Jadi boleh guna sekerap mana pun yang anda suka.
Untuk anda yang masih mencari ikhtiar untuk masalah eczema ni boleh rujuk di SINI
References:
DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.
- (12) TECHNIQUE OF USING 0.9% SALINE WATER TO DRY A WEEPY ECZEMA | LinkedIn
- How to make saline solution at home: Ingredients and uses (medicalnewstoday.com)
- 0.9% saline is neither normal nor physiological – PMC (nih.gov)
- Saline in Dermatology: A literature review – PubMed (nih.gov)
- MESC (Malaysia Eczema Support Community) | TEKNIK MENGGUNAKAN AIR SALINE 0.9% UNTUK MENGERINGKAN RUAM BERAIR | Facebook


